JENAYAH & MAHKAMAH

Sprm Tahan Pegawai Kerajaan Dipercayai Terima Rasuah Untuk Percepatkan Bayaran Kontraktor

18/10/2023 07:12 PM

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.

Menurut sumber, lelaki berusia 40an itu ditahan pada  jam 2 petang di pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Sumber itu memaklumkan lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi yang mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, namun individu berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin, selepas keterangannya direkodkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan