JENAYAH & MAHKAMAH

Hina Jata Negara: Polis Sahkan Penahanan Penyunting Buku

17/10/2023 06:28 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki tempatan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penerbitan sebuah buku mengandungi imej yang didakwa menghina jata negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 58 tahun itu bagaimanapun dibebaskan hari ini selepas tempoh remannya tamat.

“Lelaki yang dipercayai menetap di Sydney, Australia itu ditahan semasa memperbaharui pasportnya di Pejabat Imigresen Kelana Jaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Shuhaily berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan, selain sentiasa prihatin terhadap isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

Semalam, media melaporkan penyunting buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope In New Malaysia ditahan ketika cuba memperbaharui pasportnya di Pejabat Imigresen Kelana Jaya,

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan