KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah, ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Kelantan dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
“Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Dirgahayu Tuanku,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial