SUKAN

Perbincangan Kbs, Lhdn Beri Insentif Cukai Dalam Pembangunan Sukan Positif

27/09/2023 06:44 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan perbincangan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyediakan potongan cukai terhadap latihan dan bimbingan sukan selain daripada pembelian alat sukan, membuahkan hasil positif.

Bagaimanapun, menterinya Hannah Yeoh berkata hasil perbincangan itu masih dalam proses pertimbangan untuk dilaksanakan selepas mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi semalam. 

“Dalam kenyataan Datuk Seri Mohd Nizom menerusi media sosial, LHDN komited untuk bekerjasama dengan kementerian bagi merealisasikan agenda pembangunan negara di samping membangunkan sukan untuk membentuk generasi yang berkaliber,” kata Hannah menerusi kenyataan hari ini. 

Perbincangan itu diadakan berhubung insentif cukai, khusus sebagai galakan kepada ibu bapa untuk berbelanja dan menarik sektor korporat untuk terlibat dalam penajaan sukan, menerusi Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Okt ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan