AM

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian Dan Penamaan Pangkalan Tldm Jb

27/09/2023 04:18 PM

JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Johor Bahru, di sini hari ini.

Baginda diiringi anakanda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, pangkalan seluas 19.02 hektar (47 ekar) yang terletak di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM, Bandar Baru Permas Jaya itu, menempatkan Pasukan Simpanan TLDM dan KD Sri Medini. 

Pangkalan tersebut menyediakan pusat latihan yang menempatkan keperluan serta infrastruktur ketenteraan terkini, selain tempat tinggal pegawai dan anggota serta pelatih. 

Sultan Johor turut berkenan menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan oleh anggota Pasukan Khas Laut KD Panglima Hitam, sebelum menandatangani plak perasmian dan penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru. 

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan