DUNIA

Iraq: Sekurang-kurangnya 100 Maut Dalam Kebakaran Di Majlis Perkahwinan 

27/09/2023 11:18 AM

ERBIL (Iraq), 27 Sept (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 100 orang maut dalam insiden kebakaran di majlis perkahwinan di wilayah Nineveh di utara Iraq manakala lebih 500 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

Insiden berlaku di Dewan Perkahwinan Al Haytham di daerah Al-Hamdaniya yang dihadiri 800 tetamu, lapor media tempatan, memetik timbalan pengarah Jabatan Kesihatan Mosul, Ahmed Hamdani.

Agensi Berita Iraq (INA) melaporkan bahawa kebakaran berpunca daripada bunga api, lilin dan bahan lain yang digunakan semasa majlis berkenaan.

Pasukan bomba dan ambulans dari wilayah berhampiran telah dihantar ke lokasi kejadian.

Menteri Dalam Negeri Abdul Amir Al-Shammari turut menuju ke wilayah itu.

Rakaman kebakaran berlaku ketika pasangan pengantin sedang menari tular di media sosial, turut memaparkan orang ramai bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri.

-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan