AM

Mr D.i.y Pamer Seterika Gergasi Di Tasik Titiwangsa

21/09/2023 04:37 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) --  Peruncit perkakas rumah Malaysia MR D.I.Y. mempamerkan replika seterika terapung gergasi di tengah bandar raya ini bagi menandakan permulaan inisiatif terbaharunya “Kecil & Besar, MR D.I.Y. Ada”.

Berukuran 16 x 7.5 x 8 meter, seterika gergasi itu menghiasi Taman Tasik Titiwangsa dan akan berada di situ hingga 15 Okt ini, bagi membolehkan orang ramai berkumpul dan melihat replika itu dalam kawasan dan suasana yang selamat.

Replika yang unik itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai replika seterika terapung terbesar di Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh dalam kenyataan berkata replika itu adalah sebagai promosi yang menyeronokkan dan menarik untuk menyampaikan mesej “Kecil & Besar, MR D.I.Y. Ada” kepada semua rakyat Malaysia.

“Ia juga satu cara untuk menghiburkan mereka semasa menikmati cuti Hari Merdeka dan Hari Malaysia,” katanya dan menambah pemasangan replika itu dilakukan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Goh berkata seterika itu akan dibawa menjelajah ke negeri lain selepas ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melihatnya.

Selain seterika, syarikat itu juga meletakkan pelbagai tarikan lain di kawasan sibuk ibu kota termasuk pili air interaktif di Dataran Merdeka di mana pengunjung boleh mendapatkan air minuman, selain berus cat dan pengecas bateri di Bukit Bintang, botol air Disney gergasi di Mid Valley Megamall dan patung dinosaur serta bola sepak di MyTown, Cheras. Kesemua tarikan itu dipamerkan bermula 5 September lepas.

Goh berkata ia bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang inisiatif “Kecil & Besar, MR D.I.Y Ada” selain menguar-uarkan peluang untuk mereka memenangi hadiah menerusi Pertandingan  #KecilBesarMRDIYada Snap & Win.

Katanya para peserta hanya perlu mengambil gambar di satu tarikan tersebut, memuat naik gambar berkenaan ke media sosial dengan menggunakan tanda pagar “Kecil & Besar, MR D.I.Y Ada”  dan kemudian menghantarnya ke laman web pertandingan.

Terdapat hadiah-hadiah bernilai RM20,000 untuk dimenangi, termasuk menaiki kapal layar mewah selama 4 jam untuk sehingga 12 orang bernilai RM6,000; penerbangan menaiki helikopter selama 30 minit di sekitar Kuala Lumpur untuk 4 orang bernilai RM4,500; pengalaman hidangan pesona atau fine dining 'Omakase' untuk 2 orang bernilai RM2,000 dan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM100 setiap seorang untuk 100 pemenang.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif “Kecil & Besar, MR D.I.Y Ada", serta lebih daripada 20,000 produk MR D.I.Y. boleh didapati di laman web www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, atau saluran media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan