DUNIA

14 Maut Pesawat Terhempas Di Brazil

17/09/2023 10:43 AM

SAO PAULO, 17 Sept (Bernama-Xinhua) -- Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Barcelos, bandar di pedalaman Amazonas di utara Brazil pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

"Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing," kata Gabenor Amazonas Wilson Lima pada sidang akhbar.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal kesemua pelancong itu merupakan warga tempatan.

Dilaporkan bahawa juruterbang menghadapi masalah mencari landasan untuk mendarat di Barcelos, destinasi kepada penggemar aktiviti memancing.

Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam satu kenyataan media sosial, mengesahkan nahas itu.

Menurut Datuk Bandar Barcelos Edson Mendes, pasukan Pertahanan Awam menjumpai 14 mayat, termasuk 12 penumpang, juruterbang dan pembantu juruterbang.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan