AM

Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik, Raikan Kepelbagaian - Menteri Pendidikan

16/09/2023 03:27 PM

KUCHING, 16 Sept (Bernama) -- Sarawak sentiasa menjadi contoh terbaik dalam menterjemahkan konsep perpaduan yang meraikan kepelbagaian etnik, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata negeri itu juga, disifatkan sebagai salah satu institusi yang inklusif seperti yang digambarkan dalam Malaysia Madani.

“Semalam semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, ada lebih 40 etnik (merujuk kepada siswa-siswa di institusi itu).

“Contoh ini sentiasa membanggakan...mengajar kami (warga Kementerian Pendidikan Malaysia), dan menyedarkan kami bahawa soal kepelbagaian ini mesti diterjemahan dalam semua peringkat, terutamanya dalam segmen pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia di Sekolah Menengah Sains Kuching di sini, hari ini.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan sentiasa bergerak berlandaskan agenda Malaysia Madani, dalam memastikan sistem pendidikan negara ini berkualiti.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan