Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata kekurangan permintaan minyak sawit disebabkan oleh ekonomi China yang lembap, ia menjejaskan permintaan keseluruhan bagi pasaran minyak sawit.
“Jangkaan peningkatan pengeluaran disebabkan faktor bermusim mungkin meningkatkan paras stok keseluruhan negara dan terus meningkatkan sentimen dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata prestasi lemah itu juga dipengaruhi oleh prestasi rendah daripada pasaran minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian (DCE).
Selain itu, beliau berkata peserta pasaran sedang menunggu kenyataan daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) mengenai pengeluaran minyak sawit Malaysia.
Pada penutup dagangan, kontrak September 2023 susut RM37 kepada RM3,873 satu tan metrik, Oktober 2023 jatuh RM48 kepada RM3,941 setan metrik dan November 2023 merosot RM44 kepada RM3,986 satu tan metrik.
December 2023 turun RM57 kepada RM4,010 setan metrik, Januari 2024 berkurangan RM57 kepada RM4,033 satu tan metrik dan Februari 2024 susut RM52 kepada RM4,053 setan metrik.
Jumlah dagangan meningkat kepada 37,383 lot daripada 46,156 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 243,819 kontrak daripada 208,791 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM30 kepada RM3,900 satu tan metrik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial