AM

Agong, Permaisuri Doa Kesembuhan Penyampai Berita Raymond Goh

01/09/2023 02:46 PM

KUALA LUMPUR, 1 Sep (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.

Turut mendoakan kesembuhan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, penyampai berita itu dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Goh atau nama sebenarnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan. 

Beliau telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan