AM

Penggunaan Setem Hasil, Mesin Franking Tamat Mulai 1 Jan 2024 - Lhdn

21/08/2023 12:00 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 1 Jan 2024.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayar duti dibenarkan untuk menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing.

"Bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai.

"Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem," menurut kenyataan itu.

Katanya, individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS.

Pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my., menurut LHDN.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan