AM

Bangunan Baharu Perlu Dilengkapi Dengan Infrastruktur Internet - Fahmi

20/08/2023 02:05 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa kelompok arkitek tempatan agar memastikan bahawa reka bentuk setiap bangunan baharu dalam negara dilengkapi dengan infrastruktur internet yang baik.

Beliau berkata ini selaras dengan keperluan akses rangkaian 5G yang telah sedia ada di Malaysia.

“Saya percaya banyak bangunan baharu, Insya-Allah akan menjadi lebih lengkap, kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur ini perlu disesuaikan supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya internet terpantas yang kita ada.

“Ini penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai internet, selalunya saya yang akan dipersalahkan oleh Ahli Parlimen yang lain - kenapa ada beberapa bangunan tiada internet, ia sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menutup Program Merdeka Hujung Minggu Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PAM Abu Zarim Abu Bakar dan Ketua pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan