DUNIA

Indonesia: Gabenor Bali Minta Pelajar Berhenti Tonton Upin & Ipin

19/08/2023 11:18 AM

JAKARTA, 19 Ogos (Bernama) -- Gabenor Bali Wayan Koster menggesa pelajar di Bali mengutamakan menonton filem dan kartun tempatan berbanding rancangan Malaysia, Upin Ipin, lapor media tempatan.

“Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi.. Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Beliau menyatakannya dalam ucapan pada majlis anugerah pertandingan esei filem, yang diadakan di dewan Dewan Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini.

Upin Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya, yang meraih populariti di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Wayan juga menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun kemajuan teknologi dan pemodenan.

Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan