JENAYAH & MAHKAMAH

Jabatan Akauntan Minta Orang Ramai Waspada Laman Web Palsu Egumis

17/08/2023 06:24 PM

PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Jabatan Akauntan Negara (JANM) menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan laman web palsu https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr bagi sistem eGUMIS.

 JANM dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil semakan Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) JANM, url tersebut adalah “phishing website” atau laman web penipuan digital.

"Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/," menurut kenyataan itu.

Semakan Bernama di url palsu itu mendapati laman web tersebut memaparkan tetingkap seakan-akan laman rasmi  eGUMIS yang memerlukan pengguna memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

Menurut JANM orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak jabatan di talian 03-8000 1033 atau e-mel di korporat@anm.gov.my.

-- BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan