DUNIA

Dua Maut, Sekawan Gajah Terlepas Dari Taman Di Uganda

15/08/2023 01:22 PM

KAMPALA (Uganda), 15 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Dua orang terbunuh manakala tanaman turut musnah selepas sekawan gajah terlepas dari sebuah taman di Uganda.

Menurut polis, insiden berlaku di Taman Negara Queen Elizabeth, yang terletak di daerah barat Kasese, sekitar 278 kilometer (172 batu) dari ibu negara Kampala.

"Gajah-gajah itu menuju ke kampung berhampiran iaitu Kasandala, hingga menyebabkan kerosakan.

"Kerajaan akan menilai kerosakan yang berlaku dan memberi pampasan kepada mereka yang terjejas," kata Pesuruhjaya Daerah Residen Kasese Joe Walusimbi kepada Anadolu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda, Bashir Hangi, mengesahkan kejadian itu.

 Beliau mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan berjanji akan memberi bantuan.

Ketua kampung Kasandala Augustus Muzimbi memberitahu Anadolu bahawa mangsa yang terkorban ialah Yoramu Mugisha, yang diserang gajah semasa bekerja di kebunnya, dan Deo Mujuke, yang diserang ketika pulang dari memancing di tasik berdekatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan