AM

Prk: Amzad Menang Kerusi Parlimen Kuala Terengganu

13/08/2023 12:54 AM

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos (Bernama) -- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Ahmad Amzad Hashim mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Ahmad Amzad mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Amzad memperoleh 68,369 undi manakala Azan mendapat 21,103 undi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen itu pada 27 Jun lepas.

PRK itu diadakan serentak hari ini dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ahmad Amzad menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada PRU14 pada 2018.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan