POLITIK

Ketua Menteri P.pinang Pertahan Kerusi Padang Kota

12/08/2023 09:07 PM

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8.43 malam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H'ng Khoon Leng dengan majoriti 7,116 undi.

Chow memperoleh 8,261 undi manakala lawannya H’ng mendapat 1,145 undi.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008.

Chow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan