KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti pada 13 Ogos itu bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mengundi.
“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial