AM

MOTAC, ROYAL SELANGOR JALIN KERJASAMA STRATEGIK MARTABATKAN INDUSTRI KRAF NEGARA

10/08/2023 04:58 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn Bhd menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.

Menurut kenyataan MOTAC hari ini, memorandum tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia `Ainu Sham Ramli dan Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd Yong Yoon Li.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan serta Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Roslan Abdul Rahman.

“Pada majlis yang sama, Royal Selangor turut mengadakan pelancaran koleksi produk baharu Heritage Royal Selangor yang beridentitikan Malaysia selain aktiviti demonstrasi kraf ukiran kayu, batik lukis, anyaman rotan, tenunan songket dan seramik oleh pelajar-pelajar Institut Kraf Negara sebagai pengisian aktiviti di Royal Selangor Visitor Centre yang bermula 10 Ogos sehingga 17 Sept 2023,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC Mohd Yusri Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan MOTAC Dr Tan Awang Besar serta Pengarah Eksekutif Royal Selangor Marketing Sdn Bhd Chen Tien Yue.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan