DUNIA

Putin Hentikan Perjanjian Cukai Berganda Dengan 'negara Tidak Mesra'

09/08/2023 11:15 AM

MOSCOW, 9 Ogos (Bernama-AA) -- Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani dekri menggantung perjanjian meliputi cukai berganda ke atas pendapatan dan aset dengan negara "tidak mesra".

Langkah itu telah dicadangkan oleh kementerian kewangan dan luar pada Mac.

Dalam dekri berasingan, Putin membenarkan penggunaan akaun bank khas dalam rubel dan mata wang asing untuk pembayaran eksport produk pertanian Rusia, menurut Agensi Anadolu.

Beliau juga memperkenalkan rang undang-undang untuk pertimbangan parlimen mengenai prosedur untuk memberitahu PBB dan Majlis Eropah tentang pengenalan atau penamatan keadaan perang atau darurat di Rusia.

Bagaimanapun butiran pindaan itu tidak diberikan, lapornya.

Negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia sebagai tindak balas terhadap "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.

-- BERNAMA-AGENSI ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan