JENAYAH & MAHKAMAH

Pereka Grafik Didakwa Sebabkan Kematian Teman Wanita

25/07/2023 04:37 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Seorang pereka grafik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian teman wanitanya yang berusia 24 tahun, awal bulan ini.

Sean Edward Kenneth Quinn, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Radzuan di sebuah unit kondominium di Jalan Damansara di sini pada 3 pagi, 12 Julai lepas.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan manakala tertuduh diwakili peguam Vivek Sukumaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan