KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Semangat toleransi dalam masyarakat majmuk perlu menjadi keutamaan walaupun kebebasan bersuara berlandaskan perlembagaan dibenarkan di negara ini, kata Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Jasri Kasim.
Beliau berkata isu-isu sensitif membabitkan institusi diraja, kaum, agama dan budaya perlu dihormati bagi mengelak persengketaan.
"Akhir-akhir ini kita saksikan perpaduan dalam kalangan kita makin rapuh disebabkan beberapa faktor termasuk perbezaan fahaman politik dan ledakan maklumat di media sosial yang berleluasa.
Kita perlu cari jalan atau idea bagi meredakan situasi begini termasuk mendidik masyarakat menjaga tata kelakuan dan bertoleransi dalam tindakan supaya perpaduan yang dikecapi selama ini dapat dikekalkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Muhd Nor Aswadi Md Nor.
Di Kelantan, siri jelajah itu melibatkan rombongan agensi kerajaan, kelab permotoran dan badan bukan kerajaan (NGO) akan singgah di tujuh lokasi hentian bermula di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli semalam dan berakhir di zon hasil laut di Kampung Pachakan, Pasir Puteh hari ini yang bersempadan dengan Terengganu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial