JENAYAH & MAHKAMAH

Reman Enam Polis: Mahkamah Rayuan Tetap 15 Ogos Untuk Sprm Kemuka Permohonan

21/07/2023 05:28 PM

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh mendengar permohonan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang menolak permohonan reman enam anggota polis.

Ketika dihubungi Bernama, peguam Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan tarikh baharu telah ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut.

Berikutan itu, dua tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 20 Julai dan 14 Ogos telah dilapangkan.

Geethan Ram mewakili tiga daripada enam anggota polis yang SPRM memohon reman kerana didakwa meminta dan menerima rasuah RM5,000.

Bagi tiga lagi anggota polis, peguam Revin Kumar Shasai Kumar, Lavanyia Raja dan Eu Kah Mun telah dilantik secara individu untuk mewakili mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan