AM

AKAUN FACEBOOK EAIC DIGODAM

12/07/2023 11:03 PM

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam hari ini dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

Mengesahkan perkara itu, EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan akaun laman sosial di alamat https://www.facebook.com/eaicofficial itu digodam pada 11 pagi tadi. 

“EAIC sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan kembali akses ke akaun tersebut,” katanya. 

Sehubungan itu, EAIC menafikan sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman itu selepas 11 pagi.

Semakan mendapati status terakhir di laman Facebook itu ialah pada 11 malam semalam mengenai sesi libat urus EAIC bersama Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia di Padang Besar, Perlis.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan