JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 pagi dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 20 anggota.
"Pasukan keluaran operasi bertindak membuat pemadaman menggunakan air tangki pam jentera dan pili bomba berhampiran blok bangunan asrama setinggi dua tingkat itu.
"Kebakaran tersebut memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan bangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada 4.03 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial