KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Seramai 177,858 suri rumah telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat bulan lepas.
Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sosial Bahagian Sinergi Perkeso Rosmasita Mohamed jumlah itu dilihat masih jauh berbanding sasaran iaitu 500,000 pencarum tahun ini.
Beliau berkata sehubungan itu pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus dan kolaborasi bukan sahaja dengan suri rumah, malah dengan pelbagai agensi, majikan, kesatuan kerja dan sebagainya bagi mencapai sasaran itu.
“Terdapat dua faedah kepada suri rumah yang mencarum iaitu perlindungan bencana domestik dan perlindungan keilatan. Bukan hanya melalui majikan atau suami, suri rumah boleh mencarum sendiri dan ia lebih mudah dengan melakukannya secara dalam talian, selain kadar bayaran rendah RM120 setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus SKSSR bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Kelantan dan Terengganu di Pejabat Perkeso Kelantan, di sini hari ini.
Sementara itu Rosmasita berkata di Kelantan pihaknya menyasarkan 16,000 suri rumah untuk mencarum dibawah SKSSR tahun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial