BERITA TERGEMPAR   Helicopter crash tragedy affects families of Malaysian Armed Forces, a big loss to the nation - PM Anwar | RMN helicopter crash: PM Anwar expresses condolences, prays the victims' families be given strength in time of tragedy | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | Agong saddened by RMN helicopter crash in Lumut, sends his condolences to victims' families | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | 
AM

CADANGAN SPRM DI BAWAH SELIAAN EAIC MASIH DALAM PENELITIAN

14/06/2023 02:54 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan masih meneliti secara mendalam terhadap cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Protem bagi membincangkan hala tuju cadangan itu susulan menyuarat Kabinet pada 19 April lepas.

“Selain itu, pada 17 Mei lepas, satu mesyuarat peringkat working level diadakan untuk bincangkan perihal rujukan atau DOR. Jawatankuasa Protem juga akan mengesyorkan hasil dapatan mereka bagi mendapatkan ketetapan dasar untuk diteliti Kabinet.

"Perlaksanaan urusan tatatertib perlu ditadbir urus dengan sistematik agar pemantauan kepada salah laku pegawai pentadbiran dan pelaksana agensi penguatkuasaan dibuat secara holistik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini hari ini. 

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung cadangan meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah kawalan tatatertib efektif dan berkesan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.

Menurut Ramkarpal penelitian lanjut juga melibatkan cadangan pelantikan anggota AIEC di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai langkah memperkasakan fungsi dan integriti agensi penguatkuasaan itu.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan