AM

Sprm Tahan Pegawai Imigresen Bantu Siasatan Terima Rasuah Lebih Rm500,000

07/06/2023 08:37 PM

KUANTAN, 7 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pegawai imigresen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM500,000. 

SPRM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. 

Suspek didakwa menerima rasuah secara bulanan antara RM300 dan RM3,000 sejak 2018 hingga 2022 daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu dalam daerah tempat dia bertugas. 

Suapan itu didakwa bagi melindungi pekerja pemilik perniagaan itu daripada diganggu pihak penguat kuasa atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah. 

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. 

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan