JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Bsi

31/05/2023 06:18 PM

JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar di sini, 22 Mei lepas. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan pada Ahad lepas dan semalam, di sekitar bandar raya ini. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka susulan kemalangan yang menyebabkan motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan kecil. 

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada lelaki itu positif terhadap dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan mempunyai dua rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub mereka direman empat hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182 323 atau Pengawai Penyiasat Nik Mohamad Amirul Fikrie Nik Zulkifli di talian 013-3416394.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi sembilan saat menerusi media sosial memaparkan mengenai kejadian itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan