KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan menteri itu terlibat dalam promosi skim pelaburan patuh syariah seperti dalam satu poster menggunakan gambar beliau yang tular di media sosial.
Pejabat itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Mohamad hari ini memaklumkan menteri itu tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi seumpama itu.
“Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial