AM

Peluang Terakhir Untuk Memenangi #nofomochallenge

26/05/2023 09:08 PM

SHAH ALAM, 26 Mei (Bernama) -- Cabaran Kesejahteraan Sosial #NoFOMO (#NoFOMOChallenge) anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) akan melabuhkan tirainya pada 31 Mei, dan kini tinggal lima hari sahaja lagi untuk para pelajar menghantar penyertaan mereka menerusi Instagram dan Tik Tok.

#NoFOMOChallenge iaitu singkatan yang membawa maksud ‘takut ketinggalan’, bertujuan untuk menggalakkan belia mempamerkan bakat dan kreativiti mereka menerusi kandungan video, sambil menekankan elemen utama kesejahteraan: fizikal, emosi dan kewangan.

LIAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, peraduan itu juga menggalakkan pelajar menunjukkan kreativiti mereka dalam dunia digital untuk menunjukkan penyertaan dan menyuarakan pandangan mereka, dengan menggunakan kandungan video pendek yang dimuat naik melalui Instagram dan TikTok, serta berusaha menarik perhatian juri.

“Selain mendaftar di nofomo.my, peserta perlu memastikan video itu selaras dengan tema kesejahteraan fizikal, emosi dan kewangan, serta menggunakan hashtag #NoFOMOChallenge dan perlu memastikan untuk ‘tag’ @nofomo.my pada akaun Instagram atau TikTok terbuka, supaya kandungan itu dapat dilihat dan ditemukan,” menurut kenyataan itu.

Pada kemuncak peraduan itu, pemenang hadiah utama akan menerima wang tunai RM10,000 dan iPhone 14 Pro, manakala 10 finalis teratas menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang, dan ia akan diumumkan di Festival Remaja #NoFOMO 2023, di UiTM Puncak Alam pada 22 Jun.

Sebagai tambahan, peraduan itu juga menawarkan wang tunai lebih RM42,000 dan hadiah lain termasuklah kredit e-dompet RM50 setiap satu kepada 120 pemenang mingguan.

“LIAM dan 16 syarikat ahlinya telah memulakan kempen Cabaran #NoFOMO melalui 40 jerayawara, 12 bengkel dan tiga sesi dialog awam dengan melibatkan tiga selebriti pempengaruh di universiti dan kolej seluruh negara,” menurut kenyataan LIAM itu.

Mereka yang terlibat ialah penyanyi dan pelakon Alvin Chong; penyanyi rap Malaysia Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii dan penyanyi Nicole Lai Chung Fung.

Alvin Chong berkongsikan bagaimana beliau menguruskan kesejahteraan emosi bersama pelajar di Universiti Sunway pada 31 Mac, manakala Yonnyboii pada sesi bersama pelajar di UiTM Puncak Perdana pada 10 Mei. Yonniboii telah berkongsikan bagaimana beliau menjalani kehidupan sebagai pelajar dan mengatasi masalah kewangan sebelum beliau menjadi seorang penyanyi.

Semalam, pelajar di HELP Universiti Subang juga gembira dengan kehadiran penyanyi tempatan Nicole Lai, yang telah berkongsikan pengalaman menjalani gaya hidup sihat hariannya dan dalam masa sama kehidupan sosial yang ceria.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan