BERLIN, 22 Mei (Bernama-dpa) -- Syarikat induk Facebook Meta dikenakan denda sebanyak €1.2 bilion (US$1.29 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Isnin.
Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.
Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC.
DPC ialah pihak berkuasa bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi mereka.
Tiada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta Mark Zuckerberg setakat ini.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial