AM

Pulau Pinang Anjurkan Karnival Kita Madani 2023

20/05/2023 07:23 PM

GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- 'Karnival Kita Madani 2023' hari ini dianjurkan kerajaan Pulau Pinang bagi mendedahkan masyarakat setempat dengan dasar dan inisiatif Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Karnival itu dianjurkan kerajaan Pulau Pinang itu bagi membolehkan orang ramai untuk lebih memahami konsep Malaysia Madani.

“Jadi ini satu permulaan yang baik untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai konsep yang diperkenalkan Kerajaan  Perpaduan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini dan menambah terdapat pelbagai isu yang sedang ditangani termasuklah isu kemiskinan.

“Saya merasakannya ia bukan hanya menerusi pemberian wang kebajikan tetapi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, bagi membolehkan rakyat memperkasakan pendapatan mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti lain yang bermakna, mengukuhkan jati diri dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Chow berkata kira-kira 20 agensi kerajaan dan pihak swasta turut menyediakan kaunter yang menawarkan perkhidmatan masing-masing, termasuk MySalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Hong Leong Bank Berhad.

Selain itu, terdapat juga pameran maklumat berinteraktif, pemeriksaan kesihatan percuma untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas, pemeriksaan gigi percuma, diskaun pembayaran saman serta cabutan bertuah kepada pengunjung pada karnival itu yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Penyertaan pelbagai golongan masyarakat amat penting bagi mengukuhkan perpaduan serta sokongan rakyat terhadap usaha yang dilakukan kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan