AM

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-56 Kepada Bernama

20/05/2023 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun ke-56 kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook dan Instagram Istana Negara hari ini. 

"Bernama, selamat menyambut ulang tahun ke-56," demikian menurut catatan di poster berkenaan. 

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 6 April 1967 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara dan agensi berita itu mula beroperasi pada 20 Mei 1968.

Agensi berita negara itu kini mempunyai hampir 1,000 petugas tetap, kontrak dan sambilan dalam teras perkhidmatan media pelbagai platform perkhidmatan serta petugas pengurusan, pentadbiran dan pemasaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan