AM

Untung Bersih Suku Pertama Gas Malaysia Melonjak Kepada Rm95.1 Juta

18/05/2023 10:09 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd meningkat kepada RM95.10 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 berbanding RM91.32 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil melonjak kepada RM2.44 bilion pada suku pertama 2023 daripada RM1.78 bilion sebelumnya, sejajar dengan purata harga jualan gas asli yang lebih tinggi, seiring dengan harga pasaran global, diimbangi oleh volum gas asli yang lebih rendah yang dijual pada suku semasa, katanya dalam makluman kepada  Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu berkata peningkatan keuntungannya disebabkan terutamanya oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi dan pendapatan kewangan yang lebih tinggi, sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi.

Mengenai prospek, ia berkata kumpulan itu akan terus mengambil langkah berhemat untuk mengekalkan kecekapan operasinya agar kekal berdaya saing dan mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

“Dengan langkah-langkah yang dilaksanakan, lembaga pengarah menjangkakan kumpulan itu akan memberikan prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan 2023 seiring dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi domestik,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan