BANTING, 5 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan soal tuntutan saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diuruskan oleh pihak peguamnya.
“Biar peguam jalankan (tanggungjawabnya),” katanya mengulas ringkas pertanyaan pemberita berhubung tuntutan saman berkenaan.
Dr Mahathir hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.
Tuntutan saman berkenaan difailkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.
Sebelum itu, Perdana Menteri meluang masa untuk makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh, di sini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor Borhan Aman Shah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-solihin, Kampung Kanchong Darat dan turut mendengar khutbah, bertajuk ‘Adab Bertamu Ketika Berpuasa’ bersama jemaah yang disampaikan Imam masjid berkenaan Rumaizi Ahmad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial