PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang baharu Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu hari ini.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.
Mohamad Fauzi, yang menggantikan Datuk Seri Mohammad Mentek yang memegang jawatan itu sejak 4 Nov 2020, mengimbas wajah di mesin kedatangan sebelum memasuki pejabatnya.
Antara jawatan yang pernah disandang Mohamad Fauzi ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial