AM

Pemergian Mael Xpdc Beri Kesan Terhadap Industri Rock Tempatan - Anwar

28/04/2023 09:21 AM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang meninggal dunia semalam akan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Twitter beliau berkata hal ini kerana Allahyarham Mael merupakan antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.

“Saya utus takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Syed Ismail yang menyahut panggilan Ilahi.

“Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya. 

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai “Raja Funfair”.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan