AM

Sarawak Aktifkan Pelan Tindakan Musim Kemarau - Julaihi

24/04/2023 06:42 PM

KUCHING, 24 April (Bernama) -- Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan hingga Ogos ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata sebagai lanjutan kepada pelan tindakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn Bhd, pemimpin masyarakat dan pengguna dinasihatkan melaporkan sebarang kejadian tekanan air rendah dengan segera atau masalah bekalan air di kawasan mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Lori tangki pada masa ini sedang siap siaga untuk digerakkan ke kawasan terputus bekalan air jika masalah bekalan air berlarutan. Hal ini ketika ini diambil alih di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,” kata Julaihi kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjuran beliau di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kawasan terjejas, pusat pengumpulan air akan diwujudkan di lokasi strategik yang akan dihebah dan dikemas kini secara berkala.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini dilaporkan berkata rakyat harus bersiap sedia menghadapi kemungkinan jerebu ekoran cuaca panas dan kering beberapa bulan akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan