KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri yang bermula 19 April, tamat semalam.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan menerusi Facebook malam ini, memaklumkan tol percuma selanjutnya adalah pada Isnin ini iaitu 24 April.
“Sehubungan itu pastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet anda adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial