AM

Aidilfitri: Polis Tumpu 76 Lokasi Hotspot Kemalangan Seluruh Negara

20/04/2023 05:55 PM

GUA MUSANG, 20 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada 76 lokasi hotspot yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan emosi serta memandu sambil bermain alat komunikasi.

"Melanggar lampu isyarat, menukar lorong tanpa memberi isyarat lalu lintas serta memandu dengan laju turut penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.

"Kita juga akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan lalu lintas untuk membantu anggota yang bertugas di lapangan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengguna jalan raya di laluan alternatif Gua Musang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mat Kasim berkata bagi Kelantan pula, sebanyak 18 lokasi dikenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan.

"Sebanyak 90,000 kenderaan dianggarkan masuk ke Kelantan bermula sejak Selasa lalu dan sehingga menjelang sambutan perayaan Aidilfitri," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan