KOTA BHARU, 17 April (Bernama) -- Kelantan FC menamatkan kontrak dua pemain import serta seorang pemain tempatannya lebih awal hasil persetujuan dicapai bersama.
Kelantan FC dalam satu kenyataan memaklumkan tiga yang ditamatkan kontrak ialah pemain kacukan Filipina-Itali Cristian Rontini dan pemain Filipina Carli De Murga.
Turut ditamatkan kontrak ialah Shafiq Shaharudin.
"Kelab telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak lebih awal kontrak tiga orang pemain.
Pihak kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh pemain-pemain tersebut," menurut kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook Kelantan FC, hari ini.
Kelantan FC kini berada pada kedudukan kedua tercorot Liga Super apabila hanya mengumpul empat mata daripada lapan perlawanan.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan