SINGAPURA, 14 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada bank supaya tidak membincangkan asal-usul berkaitan kemasukan aliran dana ke republik itu, kata Private Banking Industry Group (PBIG).
PBIG dalam satu kenyataan berkata ia adalah bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam artikel di The Financial Times hari ini.
“Pada mesyuarat terbaharunya pada 20 Februari 2023, PBIG menyatakan bahawa komentar dibuat cenderung menumpukan perharian kepada aliran kemasukan dana dari China ke Singapura, sumber keseluruhan aliran dana ke Singapura sebenarnya kekal pelbagai.
"Peningkatan aliran dana ke Singapura adalah daripada individu yang kaya dari pasaran berbeza," katanya.
PBIG berkata bahawa mesyuarat itu bersetuju mengenai kepentingan mengekalkan kawalan pengurusan risiko yang berdaya tahan untuk mencegah aktiviti pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan keganasan dalam persekitaran peningkatan aliran dana ke Singapura.
“Mesyuarat itu juga membincangkan bagaimana untuk memudahkan penggunaan sumber kekayaan dengan betul memandangkan minat yang semakin meningkat daripada dermawan dan aktiviti lain yang akan memberi manfaat kepada Singapura dan rantau ini,” katanya.
PBIG ialah sebuah badan industri yang menyemak dan melaksanakan inisiatif untuk membangun serta merangsang pertumbuhan mampan Industri Perbankan Swasta Singapura, ia dibentuk semula pada 2011 daripada Private Banking Advisory Group dan kini ia dipengerusikan bersama oleh MAS dan UBS Group AG.
Ia mengadakan mesyuarat tiga kali setahun untuk membincangkan perkara untuk meningkatkan kepercayaan, reputasi dan pertumbuhan industri perbankan swasta republik itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial