BERITA TERGEMPAR   Manufacturing sector increased by 1.9 per cent in 1Q 2024 after recording a contraction of 0.3 per cent in the previous quarter -- DOSM | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

BUNUH ANAK SAUDARA, PENGANGGUR DIHUKUM GANTUNG

13/04/2023 04:17 PM

KUALA TERENGGANU, 13 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Safuan Ramli, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Safuan dituduh membunuh Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin yang berusia tiga tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua di Kemaman, pada 27 Jan 2020, kira-kira pukul 1 tengah, 27 Jan 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Hassan dalam penghakimannya berkata walaupun pihak pembelaan mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana mendengar ‘suara’, namun mahkamah berpendapat lelaki itu waras ketika melakukan perbuatan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.

Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan