AM

Harga Istimewa Tiket Penerbangan Buat Mahasiswa Ipta Akan Diumum- Loke

13/04/2023 12:18 AM

PETALING JAYA, 12 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi … kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di sini hari ini. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan