AM

Jabatan, agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan

03/04/2023 11:25 AM

PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) -- Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.

"Dari jam 1 sehingga zuhur dengan tazkirah yang menumpu kepada satu ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat dihadam.

"Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya," katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan