KUALA KANGSAR, 1 April (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan RM1.64 juta.
Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya Tan Sri Dr Ismail Bakar dengan jumlah RM520,000, CelcomDigi Berhad diwakili Ketua Hal Ehwal Kerajaan Roslan Rosli (RM419,454).
Telekom Malaysia Berhad pul adiwakili Pengurus Besarnya Badrul Hisham Bahari menyerahkan zakat RM309,855, Boustead Plantations Berhad oleh Pengarahnya Izaddeenn Daud (RM295,247) dan GB13 Group Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif Balakumarr Karupiah (RM100,000).
Sultan Nazrin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu serta berkenan berangkat ke majlis santapan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial