POLITIK

PH, BN SETUJU BEBERAPA PARAMETER PANDU PROSES AGIHAN KERUSI PRN

29/03/2023 09:00 PM

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan beberapa parameter untuk memandu proses agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN telah dimulakan," katanya pada majlis dialog bersama media di sini hari ini, serta menambah rundingan pengagihan kerusi telah dibuat namun tidak selesai kerana perlu diadakan beberapa siri rundingan.

Dilaporkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Mengenai keputusan BN bahawa semua calon mewakili parti itu akan menggunakan logo dacing pada PRN, Saifuddin berkata keputusan itu telah dimaklumkan kepada PH.

Beliau berkata keputusan itu dibuat Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada gabungan parti-parti politik tidak mempunyai logo rasmi setakat ini.

"PH dan BN ada logonya jadi dalam konteks itu Pengerusi BN yang juga Presiden UMMO (Ahmad Zahid) membuat keputusan sebab itu dalam domain BN," katanya.

 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan