BEIJING, 29 Mac (Bernama) -- China dan Malaysia perlu terus memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan dan memantapkan ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, kata Menteri Luar China, Qin Gang.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata selaku negara membangun dan ekonomi baru muncul yang penting di Asia, China dan Malaysia harus membentuk sinergi kukuh untuk melawan segala risiko serta cabaran.
“Berperanan sebagai kuasa progresif di pentas antarabangsa, kedua-dua negara ini (China dan Malaysia) harus memberi sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan serta kemakmuran rantau dan dunia,” kata beliau.
Sementara itu, Zambry berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China akan melonjakkan hubungan Malaysia-China ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut menyuarakan kesediaan Malaysia untuk berganding bahu dengan China ke arah memelihara ketenteraman rantau dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial